Friday, August 2, 2013

Baby yang suka senyum

August 02, 2013 0 Comments

Elvenessa Rosella Garry

Hello semua.. ini baby Elvenessa Rosella Garry berumur 2 bulan. Baby suka senyum.. Mama papa sayang baby.. Muah.
semoga membesar menjadi anak yang sihat dan ceria selalu.. mama papa doakan baby  berjaya dalam hidup suatu hari nanti. Amen....




Anak yang menguatkan kami

August 02, 2013 1 Comments
 Semasa menyambut fullmoon baby Elvenessa Rosella

Hai lama tidak post di blog ni..12hb April 2013 hari bersejarah lagi.kami menyambut kelahiran anak kami yang ke 2.Our little girl Elvenessa Rosella. 
bersalin di  hospital Kota Marudu. Sangat-sangat bersyukur dan gembira semua persiapan dan proses bersalin berjalan dengan lancar.. semoga membesar menjadi anak sentiasa taat kepada orang tua dan terlebih kepada perintah Tuhan..


Elvenessa Rosella Garry..Our precious baby girl.. Anak yang menguatkan kami saat mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan yang sukar..Masa mengandung dia, banyak hal yang terjadi. kehilangan sumber pendapatan dan lain-lain.Tapi kami bersyukur atas penyertaan Tuhan yang tidak pernah meninggalkan kami.. sentiasa ada jalan keluar. Dan anak ini juga lah yang menjadi sumber kekuatan kami. Pelbagai jenis kerja di lakukan. Kerja-kerja kampung dan jual sayur homiding pernah jadi sumber pendapatan kami. Demi sesuap nasi.. Puji Tuhan kami tidak kekurangan apa pun sentiasa mengucap syukur... Masih ingat kami ikat sayur homiding untuk di jual di pasar. 😄 Siapa yang pernah mengalami situasi seperti kami?  


Di sini , saya rasakan Tuhan sedang menguji keluarga kami agar tetap setia dan terus bersandar kepada Tuhan.. Setiap hari berdoa mohon Tuhan menjawab doa kami.. Dan kami Yakin suatu saat Tuhan ada jawapan bagi doa kami. Waktu Tuhan   adalah yang terbaik. Dia pasti memberi sesuai keperluan pada waktu yang tepat. 


Pada 12 April 2013, Elvender Richie officially jadi abang sudah... Abang Elvender.. 😍 sayang betul dia sama adik dia ni.. kami sedar ,kami bukanlah ibubapa yang sempurna  untuk anak-anak kami, tapi kami akan cuba buat yang terbaik dalam mendidik mereka. Anugerah yang terindah dari Tuhan.

"Tuhan, berikan kami hikmat dan kebijaksanaan agar menjadi ibu dan bapa yang baik kepada anak-anak kami.Amen.."

Terima kasih kepada anda yang sudi singgah membaca ruangan kami ini.. Kami Sangat menghargainya.. Love u all..


God bless..!

Popular Posts