Wednesday, December 14, 2011

Putera sulung kami

Elvender Richie Garry ( berusia 1 tahun)

 Setiap pasangan yang baru berkawin pasti inginkan cahayamata untuk menyerikan lagi rumahtangga yang telah terbina. Begitu juga saya dengan suami tercinta. setelah sebulan lebih kami mendirikan rumahtangga, satu berita gembira telah mewarnai keluarga kecil kami iaitu dengan kehadiran insan kecil di dalam rahimku. Syukur yang tidak henti-henti keluar dari mulut kami. Seperti tidak sabar rasanya menunggu saat kelahiran sang bayi.. mulalah episod rasa mual,pening2-pening seperti yang di alami oleh kebanyakan ibu hamil..wah....begitu terseksa rasanya...makan tak lalu,tidur tak lena...banyak benda serba tak kena...duii..banyak benda telah berubah. Perkara yang sangat saya gemari menjadi  kebencian huhuhu..begitu pula rasanya orang mengidam..hehe. suami tetap setia melayan karenah si istri..



2hb January  2010, saya dan suami telah ke Klinik Desa Biau untuk daftar klinik ibu mengandung..jururawat Masyarakat iaitu Kakak Ipar Nancy philip yang mendaftarkan saya pada hari itu terus cek  HP saya ternyata, darah saya kurang 8.4g saja..di syorkan untuk memakan ubat tambah darah yang telah diberi oleh pihak klinik itu sendiri. Hari pertama makan pil, wah..sungguh dasyat rasanya...muntah-muntah ,pening  rasanya tak henti sampai la ke pagi..tak tahan rasanya tapi nak buat macam mana sudah kan...perlu dan harus melalui semua itu. Ada orang bilang begini, "training untuk masuk ke alam IBUBAPA." haha... Seminggu makan ubat tambah darah yang di berikan oleh klinik kerajaan, saya beralih pula makan pil tambah darah yang saya beli dari klinik swasta..Lupa sudah apa nama tu..lain kali sa ingat baru bagitau yee... so,lepas makan tu, dah kurang pening-peningnya..Syukur...


Pengalaman di awal kehidupan berumah tangga rupanya tidak semuanya indah. Ada pahit dan manisnya juga. Terpaksa menempu banyak cabaran dan dugaan sebagai sebuah keluarga kecil yang baru bertumbuh. Namun kami tetap bersyukur kerana kami tahu, kasih Tuhan itu sentiasa menyertai. Apa pun yang ada di depan, kami tau Tuhan pasti buka jalan. 





4 September 2010 hari kelahiran putera sulung kami. Masih segar dalam ingatan setiap detik dan saat proses kelahiran itu bermula. 3hb september , Pukul 8 malam, suami menghantar saya ke Hospital papar. Cek bukaan baru 3cm. Pukul 11 bermula lah episod sakit contraction. sakit bukan main sakit ya.  lebih 12 jam menahan sakit guys.. Puji Tuhan syukur pukul 1.05petang putera sulung kami lahir dalam keadaan yang sihat dan comel. Masih ingat hari kelahiran anak sulung kami sama hari dengan hari perkahwinan Sepupu suami , saudara Gordon Sebastian. Terpaksa tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana kami berada di Hospital.. 😄

 Buat keluarga besar , Terima kasih yang tidak terhingga buat doa dan pertolongan kalian. Tuhan memberkati.

Setakat di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan kami yang tidak seberapa ini...Jika tidak keberatan , sila tinggalkan komen di ruang komentar ya. sangat-sangat  menghargainya... 

God bless us until Maranatha. Amen

1 comment:

Popular Posts