Wednesday, December 14, 2011

Putera sulung kami

December 14, 2011 1 Comments
Elvender Richie Garry ( berusia 1 tahun)

 Setiap pasangan yang baru berkawin pasti inginkan cahayamata untuk menyerikan lagi rumahtangga yang telah terbina. Begitu juga saya dengan suami tercinta. setelah sebulan lebih kami mendirikan rumahtangga, satu berita gembira telah mewarnai keluarga kecil kami iaitu dengan kehadiran insan kecil di dalam rahimku. Syukur yang tidak henti-henti keluar dari mulut kami. Seperti tidak sabar rasanya menunggu saat kelahiran sang bayi.. mulalah episod rasa mual,pening2-pening seperti yang di alami oleh kebanyakan ibu hamil..wah....begitu terseksa rasanya...makan tak lalu,tidur tak lena...banyak benda serba tak kena...duii..banyak benda telah berubah. Perkara yang sangat saya gemari menjadi  kebencian huhuhu..begitu pula rasanya orang mengidam..hehe. suami tetap setia melayan karenah si istri..



2hb January  2010, saya dan suami telah ke Klinik Desa Biau untuk daftar klinik ibu mengandung..jururawat Masyarakat iaitu Kakak Ipar Nancy philip yang mendaftarkan saya pada hari itu terus cek  HP saya ternyata, darah saya kurang 8.4g saja..di syorkan untuk memakan ubat tambah darah yang telah diberi oleh pihak klinik itu sendiri. Hari pertama makan pil, wah..sungguh dasyat rasanya...muntah-muntah ,pening  rasanya tak henti sampai la ke pagi..tak tahan rasanya tapi nak buat macam mana sudah kan...perlu dan harus melalui semua itu. Ada orang bilang begini, "training untuk masuk ke alam IBUBAPA." haha... Seminggu makan ubat tambah darah yang di berikan oleh klinik kerajaan, saya beralih pula makan pil tambah darah yang saya beli dari klinik swasta..Lupa sudah apa nama tu..lain kali sa ingat baru bagitau yee... so,lepas makan tu, dah kurang pening-peningnya..Syukur...


Pengalaman di awal kehidupan berumah tangga rupanya tidak semuanya indah. Ada pahit dan manisnya juga. Terpaksa menempu banyak cabaran dan dugaan sebagai sebuah keluarga kecil yang baru bertumbuh. Namun kami tetap bersyukur kerana kami tahu, kasih Tuhan itu sentiasa menyertai. Apa pun yang ada di depan, kami tau Tuhan pasti buka jalan. 





4 September 2010 hari kelahiran putera sulung kami. Masih segar dalam ingatan setiap detik dan saat proses kelahiran itu bermula. 3hb september , Pukul 8 malam, suami menghantar saya ke Hospital papar. Cek bukaan baru 3cm. Pukul 11 bermula lah episod sakit contraction. sakit bukan main sakit ya.  lebih 12 jam menahan sakit guys.. Puji Tuhan syukur pukul 1.05petang putera sulung kami lahir dalam keadaan yang sihat dan comel. Masih ingat hari kelahiran anak sulung kami sama hari dengan hari perkahwinan Sepupu suami , saudara Gordon Sebastian. Terpaksa tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana kami berada di Hospital.. 😄

 Buat keluarga besar , Terima kasih yang tidak terhingga buat doa dan pertolongan kalian. Tuhan memberkati.

Setakat di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan kami yang tidak seberapa ini...Jika tidak keberatan , sila tinggalkan komen di ruang komentar ya. sangat-sangat  menghargainya... 

God bless us until Maranatha. Amen

Kisah kami bermula di sini

December 14, 2011 10 Comments

    Disember 2009 adalah merupakan tarikh perkhawinan kami. Betapa bahagia rasanya apabila dua insan bercinta telah menjadi satu di hadapan Tuhan. perkhawinan kami berlangsung di gereja SIB Pekan Ranau dan di acarakan oleh Rev.Pastor Kawad. Terima kasih pastor..Tuhan menberkati kamu.Tidak lupa juga kepada saudara dan saudari yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kami. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas penglibatan kalian dalam menyempurnakan majlis kami dengan jayanya. Buat Ayah tercinta Nasron Salunda,WE LOVE YOU. Mummy,kau tetap di hati kami !! 

    Disebalik hari bahagia ini, terdapat juga kisah yang sangat menyedihkan bagi kami iaitu kehilangan Ibu kami yang tercinta. Pada 23 November  2009 , Mummy tercinta telah kembali ke pangkuan Bapa di Sorga. sedangkan tarikh perkahwinan kami sudah di tetapkan pada 5 Disember 2009.  cuma tinggal beberapa hari lagi majlis kami, ibu tercinta telah pergi meninggalkan kami. Perkawinan kami sebenarnya masih lama lagi, cuma atas permintaan ibu tersayang, kami telah mempercepatkan tarikh itu. Tapi  betullah kata orang, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Kami percaya segala sesuatu yang terjadi pasti Tuhan ada rencanaNya yang mendatangkan kebaikan bagi yang percaya KepadaNYA.


             Di iringi oleh my late brother Jinurain

Dengan sabahat baik Eluq

      Bila di imbas kembali , kesedihan itu melanda kembali..  Terima Kasih Tuhan atas atas penyertaan MU buat keluarga kami. Semoga Kasih dan Damai sejahtera Allah Bapa di sOrga sentiasa menyetai kami sampai maranatha Tuhan datang. Amen... 

Thank you yang sudi membaca ruangan kami ini ya..  kalau kamu suka, boleh follow kami di sini dengan menekan tombol  follow..kaminsangat menghargainya.. Tuhan memberkati

Popular Posts