Monday, September 12, 2022

Tuhan Yesus, Sang Gembala Pemelihara jiwa.

September 12, 2022 0 Comments

 

Ibrani 12:12 (TB)  Sebab itu h dan lutut yang goyah; kuatkanlah tangan yang lemah dan lutut yang goyah;


Kekesalan, kegelisahan, trauma dan ketakutan membuat perut kecut dan loya. Seperti aliran elektrik menyusuri setiap nadi, saraf, mengacaukan aliran darah dan menyebabkan isi terasa ngilu. Ia Menghentam tulang belakang, memberatinya lantas memberikan tanda kesakitan ke seluruh badan. Walau otak berjuang untuk tetap positif dan kuat, kesakitan melampaui akal sihat. Mari datang kepada Tuhan
Yesus, Sang Gembala Pemelihara jiwa. Dan, mari membawa damai Kristus kepada jiwa-jiwa yang terhilang, menderita dan letih lesu. Ada ruang mukjizat, kesembuhan dan pemulihan bagi mereka yang berharap penuh kepada-Nya

Saturday, September 3, 2022

Ratapan 3:31-33 (TB) Karena tidak untuk selama-lamanya Tuhan mengucilkan. Karena walau Ia mendatangkan susah, Ia juga menyayangi menurut kebesaran kasih setia-Nya.

September 03, 2022 0 Comments




Ratapan 3:31-33 (TB)  Karena tidak untuk selama-lamanya Tuhan mengucilkan. Karena walau Ia mendatangkan susah, Ia juga menyayangi menurut kebesaran kasih setia-NyaKarena tidak dengan rela hati Ia menindas dan merisaukan anak-anak manusia. 


Ada masanya Tuhan mengizinkan kesusahan untuk menegur, memperbaiki dan juga menjadi bagian dari proses pembentukan menuju tugas dan panggilan Tuhan. Namun, bukan selamanya Tuhan membiarkan. Tuhan, Bapa yang baik, tahu memberi hadiah tepat ada waktuNya. Dia lebih tahu yang terbaik bagi kita. Amin.Tuhan Yesus memberkati.



Thursday, September 1, 2022

Nuh dan Banjir Besar

September 01, 2022 0 Comments

 

Berpasangan .

Nuh dan banjir (Kejadian 5:6-9 : 17.)


https://www.youtube.com/watch?v=qblcGeou5rY


Bumi dipenuhi dengan manusia, tetapi mereka banyak berdosa sehingga Tuhan menyesal menciptakan mereka. Dia memutuskan untuk membawa banjir dan menghanyutkan semua orang dari muka bumi. 

Ada seorang yang bernama Nuh yang tidak seperti orang lain. Nuh mengasihi dan mentaatiNya. Tuhan memutuskan untuk menyelamatkan Nuh dan keluarganya dari banjir tersebut. 

Tuhan memberi amaran kepada Nuh akan banjir tersebut. Dia menyuruhnya untuk membina sebuah kapal yang besar dengan bumbung yang rendah, tiga tingkat , sebuah tingkap dan satu pintu. Nuh mentaati Tuhan dan membinanya. 


Tuhan menyuruh Nuh untuk mengumpulkan dua dari setiap jenis binatang. Satu jantan dan satu betina. Kemudian Nuh , keluarganya , dan semua binatang masuk ke dalam kapal tersebut. Tuhan menutup pintu tersebut. 


Hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Air turun dari lautan serta tasik. Gunung yang tinggi tenggelam di bawah air banjir itu. 


Sementara itu, Nuh keluarganya dan semua binatang selamat di dalam kapal tersebut, terapung di atas air banjir itu. Tuhan tidak lupa kepada Nuh, walaupun seketika.  


Tuhan membuatkan angin bertiup. Airnya mula surut. Kapal itu terdampar di Gunung Ararat. Nuh melepaskan seekor burung merpati. Apabila burung itu tidak kembali, dia tahu bahawa semuanya selamat.


Apabila tanah sudah kering, Tuhan menyuruh mereka keluar. Dia meletakkan pelangi di langit sebagai janji bahawa Dia tidak lagi akan membanjiri seluruh bumi.




Bilakah Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta?

September 01, 2022 0 Comments

 

Penciptaan dunia (Kejadian 1:1-2:4)


Kita hidup di dalam dunia yang indah! Lihatlah pada persekitaran yang mengkagumkan di sekeliling anda. Marilah kita kembali melihat apakah yang di katakan oleh Alkitab tentang bagaimana semuanya bermula. 


Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi. Tuhan bergerak di atas kegelapan dan berkata, "Terang" Dia menamakan terang itu "siang" dan kegelapan itu malam. Hari yang pertama ! Selesai!

Tuhan kemudian meletakkan runag untuk memisahkan air yang di atas dan yang di bawah. Dia menamai ruang itu "Langit". Hari kedua! Selesai!

Tuhan mengumpulkan airnya bersama, dan kelihatanlah tanah kering. Dia menamakan tanah tersebut "Darat" dan kumpulan airnya "Laut". Kemudian Dia menciptakan tumbuh-tumbuhan seperti rumput, bijirin dan pokok-pokok. Hari ketiga! Selesai!

Kemudian Tuhan menciptakan benda-benda penerang di langit. Dia menciptakan matahari untuk menguasi siang, bulan untuk menguasi malam, dan semua bintang-bintang. Hari keempat! Selesai!

Tuhan menciptakan ikan untuk berenang di dalam air dan burung-burung untuk terbang di langit.
"Membiaklah!" Dia memberi perintah "Penuhilah dunia dengan sukacita dan nyanyian" Hari kelima! selesai!

Kemudia Tuhan menciptakan binatang. Dia menciptakan binatang jinak, binatang liar dan yang merangkak di permukaan bumi. "Hanya tinggal satu lagi untuk diciptakan," kata Tuhan, yang teristemewa di antara semuanya."

Oleh itu , dalam rupaNya, Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan. "beranak-pinaklah,"Dia berkata. Kuasailah dunia. Jagalah ikan, burung-burung." Hari ke enam ! Selesai.!

Kemudian Tuhan melihat pada semua yang di ciptakanNya."semuanya sangat baik! " Dia berkata. Pada hari ke tujuh Dia berehat dan menjadikan hari tersebut istimewa. Hari ketujuh! Selesai!



Terima Kasih . Semoga bermanfaat bagi anak- anak untuk belajar mengenai cerita Alkitab dan pengenalan tentang Tuhan Yesus. Haleluyah. Tuhan Yesus memberkati.

(Untuk Kalangan Kristen Sahaja) 

Setan datang sebagai ular yang licik dan mencuba Adam dan Hawa.

September 01, 2022 0 Comments
Dosa pertama : Kejatuhan (Kejatuhan  Kejadian 3:1-24)


Lelaki dan perempuan yang pertama, Adam dan Hawa, yang tinggal di dalam yang indah yamg Tuhan ciptakan untuk mereka. Tetapi setan datang sebagai ular yang licik dan mencuba Adam dan Hawa. 


"Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah dari sebarang pokok di taman ini?" ular itu bertanya kepada Hawa. "Hanya pokok yang berada di tengah tanam," jawab Hawa. "Jika kami memakannya, kami akan mati."

"kamu tidak akan mati" kata ular. " Ada sebabnya kenapa Tuhan tidak benarkan kamu makan dari pokok itu. Jika kamu makan, kamu akan jadi sepertiNya. Kamu akan tahu apa yang  Dia tahu.

Hawa memakan buah itu. Dia memberikan sedikit kepada Adam yang bersamanya. Adam juga memakannya, dan ketika itu juga, mereka mula tahu apa yang mereka tidak tahu dahulu. 

Satu perkara yang mereka tahu ialah bahawa mereka telanjang! mereka menenun daun untuk menutupi diri mereka. Mereka merasa takut dan malu sebelum ini. oleh itu mereka sedar ada sesuatu yang tidak betul. 

"Adam!" Tuhan  memanggil. "Hawa!" Kami bersembunyi, " kata Adam. Kami telanjang." "kamu tahu itu kerana kamu makan dari pokok itu," Tuhan mengeluh. Kemudian Adam menuduh Hawa, dan Hawa menuduh ular. 

Tuhan berkata, "ular ,kamu akan menjalar di atas perutmu. Anak kepada perempuan ini akan mengalahkan kamu. Hawa bersalin akan menyakitkan kamu. Adam, kamu akan menjadi susah untuk mencari nafkah. 

Kemudian Tuhan membuat pakaian untu Adam dan hawa lalu mengusir mereka dari taman tersebut. Dia melekatkan malaikat dengan pedang berapi, supaya mereka tidak dapat kembali. 



Terima Kasih . Semoga bermanfaat bagi anak- anak untuk belajar cerita mengenai Alkitab dan Pengenalan akan Tuhan. Haleluyah.. 
Tuhan Yesus memberkati.

(Untuk Kalangan Kristen Sahaja) 

Apakah Kelas ALPPHA PKK?

September 01, 2022 0 Comments


Shalom salam damai dalam kasih Yesus Kristus, Tuhan kita. Okay, hari ini saya mau cerita sedikit saja mengenai Kelas ALPPHA  yang saya sertai kelmarin . Kelas ALPPHA ini merupakan kursus asas untuk guru sekolah minggu di anjurkan oleh PKK SIB Kawasan Papar.  Ini sebenarnya pertama kali ikut walaupun sudah lama jadi guru sekolah minggu .


Sebelum ini, Kelas sekolah minggu kita sebut sebagai kelas pelayanan kanak-kanak. Pada tahun 2020, nama "kelas PKK" telah di tukar sebagai " Kelas ALPPHA  PKK" . Perkataan ALPPHA mewakili keseluruhan bahan pelajaran yang di bawa masuk ke dalam kelas. Ini memudahakan guru-guru membuat persediaan awal sebelum masuk kelas. Dalam perkataan  ALPPHA huruf  D yang mewakili perkataan DOA di catat dalam huruf  A. Setiap huruf yang membentuk perkataan ALPPHA membawa maksud : 

D - Doa

AL- Alkitab (Firman Tuhan)

P - Pujian 

P - Permainan 

HA - Hafalan (Ayat Firman Tuhan)

Maka jadilah ALPPHA. 


Selain belajar di kelas ALPPHA PKK, ada tiga subjek lain juga telah di perkenalkan iaitu subjek Penginjilan, subjek  Kraftangan, subjek pertanian , dan penternakan dan subjek Pemuridan. Cadangan penjenamaan Baru dalam PKK di lakukan kerana memikirkan dan melihat masa depan Gereja SIB. Apakah yang akan terjadi kepada SIB 10-20 tahun akan datang ? Jadi ini merupakan persedian awal dengan harapan mendapat kerjasama dari semua pihak , dengan slogan  

"ANAK-ANAK ADALAH MASA DEPAN GEREJA , KELUARGA DAN NEGARA " 


(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pta. Juanis Linggu , Pengerusi PKK SIB Sabah) -Penceramah 


Menjadi guru Sekolah Minggu adalah panggilan .


Sesuai Firman Tuhan yang terdapat dalam Yohanes 15 : 16 "Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu." 

ucapan Tuhan Yesus ini berlaku untuk siapa saja. Apapun pelayaanan yang di lakukan termasuk menjadi guru sekolah minggu. Jadi, jangan berpikir bahawa menjadi guru sekolah minggu itu kerana suatu kebetulan. Tidak ada yang berlaku kebetulan kerana Tuhanlah yang sudah memilih dan sungguh-sungguh merupakan panggilan Tuhan dalam ladang pelayanan ini.  Kalau sudah Tuhan yang memilih kita, tentunya DIA sudah mempertimbangkan segala sesuatu. 


Nilai Etika kerja guru sekolah minggu. 


1.Amanah 

2.Iklhas 

3.Dedikasi 

4.Bersyukur 

5. Bijaksana

6. Benar

7. Penyayang 

Semua nilai etika ini harus di terapakan dalam diri masing-masing kerana kita mengasihi anak-anak sekolah minggu. Semua ini kerana KASIH kita kepada kanak-anak sekolah minggu.



7 ciri-ciri  guru sekolah minggu yang efekif 

1. Memiliki hubungan peribadi yang dekat dengan Tuhan. 

2. Mengasihi anak Sekolah Minggu. (Berkeinginan agar anak sekolah minggubertumbuh secara iman, pengetahuan dan sosial.) 

3.Memiliki pengetahuan yang cukup untuk perkembangan anak-anak sehingga mampu berkomunikasi dengan anak sekolah minggu sesuai dengan tingkat perkembangan anak.

4. Memiliki pengetahuan yang cukup atas bahan yang di ajarkan.       (mau terus menerus belajar, dan selalu melakukan persiapan yang cukup)

5. Memiliki perilaku yang positif  dan dapat menjadi teladan.

6. Dapat bekerjasama dengan orang tua guru sekolah minggu, mahupun dengan sesama guru sekolah minggu. 

7. Mampu menanggapi pujian dan kritikan secara terbuka dan positif, sekaligus mampu menyatakan pujian atau rasa terima kasih dengan tulus, dan memberi kritik dengan tegas tanpa melukai. 


Ini antara yang sudah di pelajari .Ada  lagi sebenarnya dalam catatan yang sudah di beri. Berkaitan Prisip mengajar ( bercerita) dan Persiapan Mengajar namun, saya simpulkan di sini bahawa menjadi guru sekolah minggu ini kita harus ada komiment yang sungguh-sungguh mau melihat anak-anak sekolah minggu bertumbuh di dalam iman mereka, dalam sosial mereka dan pengetahuan mereka. Anak-anak kecil merupakan penerus generasi yang akan datang. Jadi tugas sebagai Guru sekolah minggu ini jangan anggap remeh. Sesuai Firman Tuhan , apa yang kita tabur itulah yang kita tuai. Demikian jugalah dalam hal mendidik anak-anak sekolah minggu. Bagaimana mereka akan datang, bergantung sejauh mana didikan ,pengajaran yang mereka sudah dapat, selain didikan dan pengajaran anak dari rumah (Ibubapa) .  Jadi lakukan yang terbaik. Lakukan persiapan yang cukup, pelajari semua pelajaranan yang sudah di tetapkan, berdoa mohon pimpinan Tuhan , latih, dan renungkan semua pelajaran itu supaya kita juga dapat memahami sepenuhnya agar kita menyampaikan atau mengajar dengan baik dan anak-anak sudah tentunya memahami. 


Firman Tuhan  " Apapun yang kamu perbuat , perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia . Kolose 3:23 

(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pastor Ebrin Danius , AJK PKK SIB Sabah) -Penceramah 


Kurikulum PKK SIB Sabah 


Bahan mengajar PKK di kenali sebagai Kurikulum yang bermaksud rancangan pelajaran sistematik yang merangkumi satu tempoh masa tertentu. Tujuan kurikulum adalah memastikan makanan rohani kanak-kanak berkhasiat dan mempunyai kepelbagaian.

 

Kurikumum asas yang di perlukan oleh guru seharusnya mengandungi:-

1. Buku panduan guru dan pelajaran Alkitab sebagai panduan mengajar.

2. Set alat -alat bantu mengajar. 

3.Buku kerja untuk kanak-kanak 


Prisip dasar kurikulum PKK:-

1. Memastikan pelajaran yang disediakan sesuai dengan pemahaman pada setiap  kumpulan umur 

2. Menambahkan sukacita kepada proses mengajar- belajar melalui kreatif dan alat bantu mengajar. 


Pendek ceritalah kan, PKK kini menggukanan Kurikulum "LAPAN PERMATA" . Mula di gunakan sebagai Kurikulum PKK pada tahun 2020. 


Firman Tuhan " Kerana hikmah lebih berharga daripada segala permata dan segala yang di hasratkan tidak setara dengannya." Amsal 8:11 


Dari ayat inilah kurikulum  "Creative Bible Lessons" dalam Bahasa Malaysia ini di namakan LAPAN PERMATA. 


LAPAN PERMATA adalah satu kurikulum pelajaran pelayan kanak-kanak untuk mengajar Firman Tuhan kepada kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 12 tahun .( Pra sekolah sehingga Tahun 6)

Ia di lengkapi dengan alat bantu bengajar supaya pelajaran Alkitab kepada kanak-kanak akan menjadi lebih menaik dan berkesan. 


Kurikulum ini telah di rancang dan di susun untuk mengajar kank-kanak dalam tiga kumpulan umur persekolahan iaitu :- 

1. Prasekolah ( Umur 4 -6 tahun )

2. Sekolah rendah junior ( 7-9 tahun ) 

3. Sekolah rendah senior (10-12 tahun ) 


(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pastor Sitiah Sabin , Penyelaras PKK SIB Sabah ) -penceramah



Ini merupakan gambar-gambar semasa menyertai kursus asas sekolah minggu anjuaran PKK SIB Kawasan Papar, Sabah.  
















Okay, sampai di sini saja sedikit perkongsian untuk kursus asas sekolah minggu (Kelas ALPPHA). Bagi saya secara peribadi sangat di berkati dan di motivasikan untuk terus bersemangat dalam pelayanan kanak-kanak. Jadi bagi kamu guru-guru sekolah minggu, jika ada kesempatan lain waktu sangat di galakkan untuk mengikuti program yang seumpama ini . Tuhan Yesus Memberkati. Amen.. 

ALPPHA PKK bagi kemuliaan Tuhan




Popular Posts